Friday, November 28, 2014

Hari Komuniti Plus 2014 (Wilayah Selatan)

Hari Komuniti Plus (Wilayah Selatan)

Terima kasih di ucapkan kepada warga kerja projek lebuhraya utara selatan (plus) kerana  menjayakan program kemasyarakatan sempena hari komuniti plus wilayah selatan yang diadakan Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka

Program ini merupakan platform untuk plus membantu dan menyalurkan sumbangan kepada masyarakat serta menggalakkan budaya sukarelawan selain menanamkan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja plus dan masyarakat sekeliling.

Sebanyak 1,500 warga kerja projek lebuhraya utara selatan (plus) menjayakan 35 program kemasyarakatan sempena hari komuniti plus yang diadakan serentak di 35 lokasi berlainan di seluruh negara pada hari Jumaat (28 Nov 2014).program tahunan ini bermula sejak tahun lalu (2013).





Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka menjadi lokasi terpilih daripada enam di wilayah utara dan enam di wilayah selatan, manakala selebihnya di wilayah tengah. Terima kasih di ucapkan kerana memilih Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka



Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka Dan Hawksbill Ecoclub (HEC) telah menerima sumbangan daripada Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) sempena Hari Komuniti Plus (Wilayah Selatan)


Hawksbill EcoClub (HEC) telah memberi T Shirt sebagai tanda Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada peserta Hari Komuniti Plus (Wilayah Selatan)

Taklimat ringkas kepada peserta yang terlibat

 Gotong Royong Membersihkan Sekitar Pantai


 Gotong Royong Menanam Pokok


Gotong Royong Membersihkan Dan Membaik-Pulih Sekitar Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu


 Gotong Royong Membersihkan Kolam Penyu


Acara Melepaskan Anak Penyu Karah 


Program di kawasan lain termasuk membaiki rumah anak yatim di Gombak Permai, Batu Caves,Selangor dan membersihkan pantai dan kempen cintakan alam sekitar di Port Dickson Negeri Sembilan

Plus turut memberi bantuan persekolahan kepada 169 pelajar, menyampaikan sumbangan peralatan menangkap ikan seperti bubu dan pukat untuk penduduk kampung serta melepaskan 500 benih ikan siakap ke Sungai Merbok, Kedah.

Plus turut menjalankan acara sampingan iaitu gerakan motosikal pencetus amalan keselamatan (GEMPAK) mufors, dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan di lebuh raya dan jalan raya.

"TERIMA KASIH WARGA PLUS"


Sumber - Hawksbill EcoClub (HEC) & BERNAMA


Jika anda adalah sukarelawan penyu ditempat/negeri lain..anda dialu-alukan untuk sama-sama kongsi aktiviti kelab/pusat anda disini https://www.facebook.com/sspenyu atau email kan maklumat anda di alamat sspenyu@gmail.com ini..


Mari sertai kami (sspenyu - Saya Sayang Penyu) untuk cucu cicit kita yg akan datang.lindungilah selagi ia ada,bila telah tiada hanya video dan gambar shj yg dapat kita lihat.bersama pelihara kazanah laut kita dari kepupusan.AYUH RAKAN-RAKAN SEMUA.!!

No comments:

Post a Comment